Wednesday, March 16, 2011

Monday, March 7, 2011

Senarai "SAFE DEPOSIT BOX" di Malaysia

Assalamualaikum semua,

Hari ni EmasCorner (EC) ingin berkongsi 1 post daripada The GoldBankers yang sangat berguna sebagai panduan kita semua.
Credit to GB.

Hari ni The GoldBankers nak list down a few of safe box provider yang ada kat Malaysia, sebab topik "kat mana nak simpan emas" selalu sangat ditanya kepada saya. Saya juga faham, ramai readers yang busy, dan tak punya kesempatan untuk shop around nak tanya pasal safe box ni, so untuk memudahkan anda semua, The GoldBankers akan senaraikan di sini beberapa syarikat yang menawarkan servis Safe Deposit Box ni.


Pic courtesy of Google

Notes: size is pre-chosen to suit the size of Gold Bars/Coins. Yang besar2 tu tak payah lah ye..
*******************************************

ROYAL SAFE DEPOSIT BOX
For the charges & rates, please click HERE.
Address : Mentari Business Park, No.42A, Jalan PJS 8/6, Bandar Sunway, 46150 PJ.
Tel : 03-5631 0110 / 012-2381 222


SAFE DEPOSIT BOX SDN. BHD

Size 1
Size : 3" x 5" x 24"
Rental : RM130.00

Size 2
Size : 5" x 5" x 24"
Rental : RM150.00

Size 3
Size : 3" x 10" x 24"
Rental : RM170.00

Size 4
Size : 5" x 10" x 24"
Rental : RM200.00

Size 5
Size : 10" x 10" x 24"
Rental : RM250


Additional charges that apply:

  • Refundable Key Deposit  RM200.00
  • Stamp Duty on Agreement  RM10.00
  • Selected Numbers  RM100.00
  • Break Box Charge  RM250.00
Insurance : Free of RM10,000.00, additional coverage can be privately arranged for an extra RM20 per RM10,000 additional coverage, subject to a maximum of RM80,000 coverage per box.

Address :
Lot C312 & C313, Centre Wing, Metropolitan Square, D'sara Perdana
Tel : 018-215 8888 / 03-7727 8689 / 03-7727 2689

Lot S2.15, 2nd Floor, The Summit Subang
Tel: 018-217 8888 / 03-8024 8889 / 03-8024 3389

EON BANK GROUP MALAYSIA


Rates:
3" x 5" x 24"    : RM90 /year
5" x 5" x 24"    : RM100 /year
3" x 10" x 24"  : RM110 /year
4" x 10" x 24"  : RM120 /year
5" x 10" x 24"  : RM130 /year
10" x 10" x 24" : RM180 /year

Stamping:
SDB Agreement : RM10.00
SDB Mandate : RM10.00

Tel : 24-hr Eon Bank Customer Service @ 03-2616 1133

OCBC Bank


Charges:
SMALL - RM150.00
MEDIUM - RM250.00
LARGE - RM400.00

Key Deposit : RM170.00
Stamp Duty : RM10.00

Branches with Deposit Box service: Ampang, Batu Pahat, Ipoh Main, Jln Yang Kalsom, JB, KL Main, Klang, Kluang, KB, KK, Kuantan, Kuching, Melaka, Muar, Penang, PJ, Segamat, Seremban, Subang Jaya, Taiping, Teluk Intan.

Tel : 03-2698 4363

ALLIANCE BANK

I find the information on the website is not helpful, you have to contact their Branch Sales Staff or Service Ambassador to know more on their safe deposit box services.

Tel : 03-5516 9988

RHB 

Plan 1
Sum insured : RM10,000
Annual premium : RM30

Plan 2
Sum insured : RM20,000
Annual premium : RM50

Plan 3
Sum insured : RM30,000
Annual premium : RM90

Plan 4
Sum insured : RM40,000
Annual premium : RM90

Stamp duty : RM10
Tel : 1800-88-0243

BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

Address : 5th Floor, Menara Bumiputra, 21, Jalan Melaka, 50100 KL
Tel : 03-2698 8787


UOB BANK

Stamp duty  on Agreement : RM10.00
Rental : @ prevailing rate
Key deposit : RM150.00
Activation fee for blocked SDB : @RM50.00
Lost key (s) / Break open of SDB requested by hirer : RM on reimbursement basis
Stamp duty on Account Mandate : RM10.00

Tel :
KL : 03-2612 8121
Penang : 04-2401 121
JB : 07-2881 121
Kuching : 082-287 121
KK : 088-477 121

MY SAFE DEPOSIT BOX

Medium 
Size : 5" x 10" x 24"
Annual fees : RM600.00
Sum insured : RM10,000

Large
Size : 10" x 10" x 24"
Annual fees : RM800.00
Sum insured : RM15,000

X-Large
Size : 15" x 10" x 24"
Annual fees : RM900
Sum insured : RM20,000

Address : No.25, SR 1/9, Tmn Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan.
Tel : 03-8941 3228 / 016-2166 352 / 016-2166 353

Notes: This is the HIGHEST rate ever I found for the service. Haiiiyyaaaaa.. when I ask them what is the difference between their service with other company, they can't even position their service as a better one from other provider. And I think their price is not fixed, may subject to change anytime, that is why they refuse to email me the list of rates available.

PUBLIC BANK BERHAD


No.
Type of Charges
Amount
1Key Deposit
RM200-00
2Replacement of One Key LostActual costs incurred for the replacement of a new lock plus RM10-00 stamp duty for Declaration/Indemnity Form.
3Replacement of Two Keys LostActual costs for the replacement of a new lock and all other expenses incurred, plus RM10-00 stamp duty for Declaration/Indemnity Form.
4Safe Deposit Box Agreement and Mandate to Operate
RM10-00 stamp duty for Safe Deposit Box Agreement
RM10-00 stamp duty for Mandate to Operate the Safe Deposit Box (if any).
RM10-00 for each request to change the mandate for operating the Safe Deposit Box


Rates : Not published in the website.

Branch that offer SDB service:
Johor : JB Main, Masai, Tmn Johor Jaya, Tmn Perling, Tmn Sentosa.
Kedah : Jln Kota.
KL : Bangsar, Bkt D'sara, Jln Raja Laut, Jln Sultan Sulaiman, Jln Sg. Besi, Jln Raja Chulan, Kepong, KL City Main, Jln Ampang, Seri Petaling, Tmn Desa, Tmn Maluri, TTDI.
Melaka : Jln Laksamana.
Selangor : Bdr Puchong Jaya, Bdr Sunway, D'sara Utama, PJ New Town, Sect 14 PJ, SS2 PJ, Subang Jaya, Tmn Chi Liung.
Pulau Pinang : Bkt Mertajam, Jelutong, P.Pinang (Lebuh Bishop).
Perak : Bercham, Ipoh Garden, Ipoh Main, Jln Sultan Idris Shah, Jln Yang Kalsom.
Sabah : Kota Kinabalu.
Sarawak : Bintulu, China Street, Kuching City, Sibu, Wisma Saberkas.

Tel : 1-800-22-9999 (normal working hours)


MAYBANK

Federal Territory

SSCsSize of BoxRental Rates (p.a.) in RM
Bangsar Baru3" x 5" x 20"
5" x 5" x 20"
3" x 10" x 20"
4" x 8" x 20"
5" x 10" x 20"
10" x 10" x 20"
80
105
105
130
160
195
Jinjang4" x 8" x 24"
3" x 5" x 24"
5" x 5" x 24"
3" x 10" x 24"
5" x 10" x 24"
10" x 10" x 24"
130
80
105
105
160
195
Kuala Lumpur Main3.1" x 12.4" x 23 5/8"
4.7" x 12.4" x 23 5/8"
9.4" x 12.4" x 23 5/8"
18.9" x 12.4" x 23 5/8"
18.9" x 24.7" x 23 5/8"
37.8" x 24.7" x 23 5/8"
105
145
190
215
250
400
Taman Tun Dr Ismail5" x 5" x 24"
3" x 10" x 24"
5" x 10" x 24"
10" x 10" x 24"
80
105
130
195


Johor

SSCsSize of BoxRental Rates (p.a.) in RM
Johore Baru SC3" x 5" x 24"
5" x 5" x 24"
3" x 10" x 24"
5" x 10" x 24"
10" x 10" x 24"
80
105
105
160
195
Labis5" x 5" x 24"
3" x 10" x 24"
5" x 10" x 24"
10" x 10" x 24"
105
105
160
195
Mersing3" x 5" x 24"
5" x 5" x 24"
3" x 10" x 24"
5" x 10" x 24"
10" x 10" x 24"
80
105
105
160
195



Negeri Sembilan


SSCsSize of BoxRental Rates (p.a.) in RM
Kuala Klawang3" x 5" x 22"
5" x 5" x 22"
3" x 10" x 22"
5" x 10" x 22"
10" x 10" x 22"
105
105
105
160
195



Penang


SSCsSize of BoxRental Rates (p.a.) in RM
Kampong Baru3" x 5" x 24"
5" x 5" x 24"
3" x 10" x 24"
5" x 10" x 24"
10" x 10" x 24"
105
105
130
160
195
Komtar3" x 5" x 24"
5" x 5" x 24"
3" x 10" x 24"
5" x 10" x 24"
10" x 10" x 24"
105
105
130
160
195



Perak


SSCsSize of BoxRental Rates (p.a.) in RM
Ipoh Main3" x 5" x 22"
5" x 5" x 22"
3" x 10" x 22"
5" x 10" x 22"
10" x 10" x 22"
105
105
130
160
235
Lumut3" x 5" x 22"
5" x 5" x 22"
3" x 10" x 22"
5" x 10" x 22"
10" x 10" x 22"
105
105
130
160
235



Perlis


SSCsSize of BoxRental Rates (p.a.) in RM
Kangar3" x 5" x 24"
5" x 5" x 24"
3" x 10" x 24"
5" x 10" x 24"
10" x 10" x 24"
105
105
130
160
195



Selangor


SSCsSize of BoxRental Rates (p.a.) in RM
Damansara Utama3" x 5" x 24"
5" x 5" x 24"
3" x 10" x 24"
5" x 10" x 24"
105
105
105
160
Jalan 2223" x 10" x 24"
5" x 10" x 24"
10" x 10" x 24"
105
160
195

Key deposit : RM200

Rental rate :
Normal customer : Pls refer the above rates.
Private Banking customer : 50% of the rental rates.

Loss of one or both keys:
Customer at SSC : Repair, maintenance & servicing; Min RM120 for the actual cost of replacing the lock including other charges billed by the supplier, if any.

KL Main customer: Repairs, maintenance & servicing; Flat rate of RM260.

Tel : 1-300-88-6688


CIMB BANK

Please click HERE.

************************************************

For all the service above that is not equipped with rates & charges, I will work on that once the CNY holiday is over.

Once again, EC would like to thanks GB for this useful post.

Wednesday, March 2, 2011

Pengiraan Zakat Emas

________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Saya doakan semua sihat & sentiasa di dalamm rahmatNnya. Insyaallah.

Untuk post pertama ini saya ingin berkongsi bersama anda pengiraan zakat emas. Posting ini saya copy drp blog sifu Shukor (www.jutawanemas.com). Terima kasih diucapkan kepada beliau.
Mari sama2 kita belajar & praktikkan di dlm kehidupan seharian.


--->Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)  (klik)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak :)